Saturday, June 20, 2009

Khusyuk is d outcome NOT the condition.

Bila bercakap berkenaan KHUSYUK....

"Sesungguhnya berjayalah orang2 yg beriman, iaitu mereka yg khusyuk dalam solatnya" [Surah Al Mukminun 23:1-2]
Bagaimana nak mencapai khusyuk dalam solat? Adakah dikira khusyuk apabila kita solat sehingga memejam mata? Adakah dikira khusyuk bila kita solat tanpa sedar tentang perkara di sekeliling kita? Adakah itu khusyuk yg dicari?

Cube kita analogikan khusyuk dalam solat dalam situasi memandu kenderaan.... Bagaimanakah yg dikatakan sbg khusyuk semasa memandu? Adakah dikira khusyuk pemanduan itu apabila pemandunya memandu sambil memejam mata? Adakah dikira khusyuk apabila pemandunya sampai tidak sedar akan kenderaan2 lain yg berada di jalan raya?

Sudah tentu TIDAK bukan? Sbb kalau itulah yg dikira khusyuk semasa memandu, sudah pasti hospital akan sentiasa disibukkan oleh mangsa kemalangan jalan raya...huhuhu..

Jadi, apakah khusyuk yg sebenarnya???

Cuba kita renungkan kembali.... Dan Allah dah pun bagi jawapan dalam Al-Quran...sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yg keji dan mungkar..

Jadi, jelaslah di sini bahawa seseorang itu tidak dikira khusyuk selagi mana dia masih bergelumang dengan perkara keji dan mungkar walaupun dia menunaikan solat dengan penuh 'khusyuk' yg sampai memejam mata...

Samalah halnya seperti khusyuk semasa memandu, khusyuk memandu ialah apabila pemandu itu mencapai pemanduan yg baik, tidak melanggar peraturan lalu lintas dan sentiasa peka terhadap kenderaan lain di jalan raya supaya tidak berlaku kemalangan...

Khusyuk dalam solat apabila seseorang itu sedar yg dirinya perlu merapatkan saff andai ada makmum dalam saff yg tiba2 keluar saff kerana hal yg tak dpt dielakkan misalnya.. khusyuk dalam solat apabila seseorang itu solat dgn penuh penghayatan... takut apabila membaca ayat Al-Quran tentang neraka...dan menangis apabila membaca ayat Al-Quran tentang taubat dsb..

Secara ringkas, khusyuk ialah apabila kita mencapai objektif solat, i.e. untuk menguatkan diri dalam menghindari perkara keji dan mungkar...

Tentunya kita tidak mahu menjadi seperti golongan yg diceritakan Allah dalam surah Al Ma'un:

"maka celakalah bg org2 yg menunaikan solat...iaitu mereka yg berkeadaan lalai dalam menyempurnakan solatnya." [107: 4-5]

dan lalai di sini termasuklah tidak khusyuk dalam solat....

sama2 lah kita berusaha capai objektif solat yg merupakan tiang agama kita... i.e. KHUSYUK dalam solat...

Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment