Friday, May 22, 2009

bukti-bukti ikhlas

(Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi)


Ikhlas itu mempunyai bukti dan tanda-tanda yang banyak sekali, contohnya, dalam kehidupan orang yang mukhlis; dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Di antaranya adalah:


Pertama: Takut Kemasyhuran

Takut kemasyhuran dan tersebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dengan cara sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan didedahkan. Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia tidak memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

Maka dari itu zuhud dalam masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yang serba gemerlap lebih besar daripada zuhud dalam masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: "Kami tidak melihat zuhud dalam hal tertentu yang lebih sedikit daripada zuhud dalam kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lebih banyak lagi."

Inilah yang membuat para ulama salaf dan orang-orang solleh antara mereka khuatir ke atas ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh kerana itu mereka memperingatkan hal ini kepada murid-muridnya. Para pengarang buku telah meriwayatkan dalam pelbagai gambaran tentang tingkah laku ini, seperti Abu Qasim a-Qusyairi dalam ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dalam al-Ihya’.

Begitu pula yang dikatakan seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham, "Allah tidak membenarkan orang yang suka kemasyhuran."

Seorang zuhud yang terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, "Saya tidak mengenal orang yang suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sirna dan dia menjadi hina."

Beliau juga berkata, "Tidak akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah manusia."

Seseorang pernah menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, "Berilah aku nasihat."

Ibn Muhairiz berkata, "Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tidak dikenal, berjalanlah sendiri dan jangan mahu diikuti, bertanyalah dan jangan ditanya. Lakukanlah hal ini."

Ayyub as-Sakhtiyani berkata, "Seseorang tidak berniat secara benar kerana Allah kecuali jika dia suka tidak merasakan kedudukannya."

Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yang dipercayai. Jika semakin ramai orang-orang yang berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi kerana takut dirinya menjadi terkenal.

Salim bin Handzalah menceritakan, "Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di belakang Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya."

Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, "Wahai Amirul Mu’minin, apakah yang telah engkau lakukan?"

Jawab Umar, "Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bagi yang mengikuti dan ujian bagi yang diikuti."

Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yang pada permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yang jauh terhadap kejiwaan orang-orang yang mengikuti dan sekaligus orang yang diikuti.

Diriwayatkan dari al-Hasan, beliau berkata, "Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: "Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku."

Pada suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, "Apakah kamu ada keperluan kepadaku? Jika tidak, mengapa kejadian seperti ini masih tersemat dalam hati orang Mu’min?"

Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yang mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata, "Andaikata tidak kerana aku tahu bahawa Allah mengetahui isi hatiku tentang ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dari Allah."

Ibn Mas’ud berkata, "Jadilah kamu sebagai sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pada waktu malam dan pembaharu hati yang diketahui penduduk langit, namun tidak dikenal penduduk bumi."

Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, "Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah."

Athar-athar ini tidak mengajak kepada pengasingan atau uzlah. Orang-orang yang menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yang amat baik dalam menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yang dapat difahami dari sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa yang tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yang disusupkan syaitan ke dalam hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan dikelilingi orang-orang yang mengikutinya.

Kemasyhuran itu sendiri bukanlah suatu yang tercela. Tiada yang lebih masyhur daripada para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yang tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sangat bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tidaklah menjadi masalah, sekali pun ia tetap menjadi ujian bagi orang-orang yang lemah, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali.

Sejajar dengan pengertian ini yang telah disebutkan dalam hadith Abu Zar daripada Rasulullah s.a.w. , bahawa Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yang melakukan suatu amal kebajikan kerana Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.

Maka Baginda menjawab, "Itu kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi orang Mu’min." (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Ada pula lafaz lain, "Seseorang melakukan amal kerana Allah lalu orang-orang pun menyukainya.."

Pengertian seperti inilah yang ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan lain-lainnya.

Begitu pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata, "Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kepadanya."

Baginda bersabda, "Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala memperlihatkan."


Kedua: Menuduh Diri Sendiri

Orang yang mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sebagai orang yang berlebih-lebihan di sisi Allah dan kerana dalam melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tidak diterima.

Kerana sikap seperti ini, ada sebahagian di antara para salaf yang menangis teresak-esak ketika jatuh sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, "Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?"
Beliau menjawab, "Apa yang membuatkanku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku yang masuk dalam timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah telah berfirman, Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa,"
Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dari itu al-Quran menambahinya dengan firman Allah yang bermaksud: "Maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.." (al-Hajj: 32)

Nabi s.a.w bersabda:

"Taqwa itu ada di sini," Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya. (HR Imam Muslim)

Sayyidah Aishah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang orang-orang yang dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka." (al-Mu’minun: 60)

"Apakah mereka orang-orang yang mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kepada Allah?"

Baginda menjawab, "Bukan, wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tidak diterima. Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya." (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)

Orang yang mukhlis sentiasa takut terhadap riya’ yang menyusup ke dalam dirinya, sedang dia tidak menyedarinya. Inilah yang disebut syahwah khafiyyah yang menyusup ke dalam diri orang yang meniti jalan kepada Allah tanpa disedarinya.

Dalam hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan, "Kepentingan peribadi dalam kederhakaan amat jelas dan terang. Sedangkan kepentingan peribadi di dalam ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yang tidak nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yang masuk ke dalam dirimu dan orang lain juga tidak melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila orang lain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dalam beribadah. Maka kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah terhadap dirimu. Tidak perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata mereka."


Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Hebahan

Amal yang dilakukan secara diam-diam hendaklah lebih disukai daripada amal yang disertai hebahan dan didedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat dijadikan berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy berkata di dalam syairnya:

"Landasan yang tersembunyi
Tidak terlihat mata kerana merendah
Bangunan yang menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah"

Di bahagian sebelum ini telah dikemukakan hadith Mu’adz, "Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap."


Keempat: Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian

Tidak meminta pujian orang-orang yang suka memuji dan tidak bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tidak terkecoh tentang hakikat dirinya di hadapan orang yang memujinya, kerana memang dia lebih mengetahui tentang rahsia hati dan dirinya daripada orang lain yang boleh tertipu penampilan dan tidak mengetahui batinnya.

Ibn ‘Atha’illah berkata, "Orang-orang memujimu dari persangkaan mereka tentang dirimu. Maka adalah engkau orang yang mencela dirimu sendiri kerana apa yang engkau ketahui pada dirimu. Orang yang paling bodoh adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang dirinya kerana ada persangkaan orang-orang tentang dirinya."
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa jika dipuji orang lain maka beliau berkata, "Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan. Berikanlah kebaikan kepadaku dari apa yang tidak mereka ketahui."

Ibn Mas’ud r..a berkata kepada orang-orang yang mengekori dan mengerumuninya, "Andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku." Padahal beliau adalah sahabat yg menonjol, pemuka petunjuk dan pelita Islam.

Sekumpulan orang memuji seorang Rabbani. Lalu dia mengadu kepada Allah sambil berkata, "Ya Allah, mereka tidak mengenalku dan hanya Engkaulah yang mengetahui siapa diriku."

Salah seorang yang soleh bermunajat kepada Allah, kerana sebahagian orang ada yang memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan kemuliaan akhlaknya:

"Mereka berbaik sangka kepadaku
Padahal hakikatnya tidaklah begitu
Tetapi aku adalah orang yang zalim
Sebagaimana yang Engkau sedia maklum
Kau sembunyikan semua aib yang ada
Dari pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian menawan
Sebagai tabir tutupan
Jadilah mereka meyintai

Padahal aku tidak layak dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Janganlah Engkau hinakan aku
Pada Hari Qiamat di tengah mereka
Jadikanlah aku yang mulia
Termasuk yang hina dina"

Penyair yang soleh ini mengisyaratkan makna yang lembut dan sangat penting, iaitu keindahan tabir yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Berapa banyak cela yang tersembunyi, dan Allah menutupinya dari pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu dari pandangan mereka, tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia Allah enggan untuk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sebagai kurnia dan kemuliaan baginya.

Perkataan seumpama ini ini telah diucapkan oleh Ibn ‘Atha’illah, "Sesiapa yang memuliakanmu, sebenarnya dia telah memuliakan keindahan tabir pada dirimu. Keutamaan ada pada diri orang yang memuliakanmu dan menutupi aibmu, bukan pada diri orang yang menyanjungmu dan berterima kasih kepadamu."

Abu al-Atahiyah berkata dalam syairnya:

"Allah telah berbuat baik kepada kita
Kerana kesalahan tidak menyebar ke mana-mana
Apa yang tersembunyi pada diri kita
Tentu tersingkap di sisiNya"


Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Memang Layak Dipuji

Tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang memang layak dipuji dan menyanjung orang yang memang layak disanjung. Di sana ada dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang yang layak.

Nabi s.a.w. pernah memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, seperti sabda Baginda tentang Abu Bakar yang bermaksud: "Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku."

Sabda Baginda kepada Umar: "Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yang lain."

Sabda Baginda kepada Uthman: "Sesungguhnya beliau adalah orang yang para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya."

Sabda Rasulullah terhadap Ali: "Di mataku engkau seperti kedudukan Harun di mata Musa."

Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid: "Beliau adalah salah satu daripada pedang-pedang Allah."

Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: "Beliau adalah kepercayaan umat ini."

Masih ramai sahabat yang dipuji Nabi s.a.w. , kerana kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara mereka ada dari kalangan pemuda, seperti Usamah bin Zaid yang diangkat menjadi komandan pasukan perang, padahal dalam pasukan tersebut terdapat sahabat-sahabat utama. Baginda mengangkat Itab bin Usaid sebagai pegawai di Makkah, padahal umurnya masih dua puluh tahun. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda. Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan daripada orang-orang yang lebih terdahulu memeluk Islam, kerana kelebihan dirinya, seperti Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash.

Boleh jadi seseorang tidak mahu memberikan pujian kepada orang yang layak dipuji, kerana ada maksud tertentu dalam dirinya, atau kerana rasa iri hati yang disembunyikan, seperti menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga tidak mampu untuk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tidak perlu menyanjungnya.

Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yang meminta pendapat Ibn Abbas dalam pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas masih sangat muda. Maka sahabat-sahabat utama berkata kepadanya, "Bicaralah wahai Ibn Abbas. Kerana usia yg muda tidak menghalangimu untuk berbicara."


Keenam: Menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin

Orang yang mukhlis kerana Allah akan berbuat sebaiknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan tetap setia ketika berada paling belakang; dalam dua keadaan ini dia tetap mencari keredhaan Allah. Hatinya tidak dikuasai cita-cita untuk menonjol kehadapan, menguasai barisan dan menjawat jawatan strategik dalam kepimpinan. Tetapi dia lebih mementingkan kemashlahatan pasukan kerana khuatir tidak dapat memenuhi tanggungjawab dan tuntutan kepemimpinan.

Apa pun keadaannya dia tidak bercita-cita dan tidak menuntut kedudukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia dibebankan tugas sebagai pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon pertolongan kepada Allah agar dia mampu melaksanakannya dengan baik. Rasulullah s.a.w telah mensifatkan kelompok orang seperti ini dalam sabda Baginda yang bermaksud:

"Keuntungan bagi hamba yang mengambil tali kendali kudanya fi sabilillah, yang kusut kepalanya dan yang kotor kedua telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan belakang, maka dia pun berada di kedudukan penjagaan." (HR Imam Bukhari)

Allah meredhai Khalid bin al-Walid yang diberhentikan sebagai komandan pasukan, sekali pun beliau seorang komandan yang sentiasa mendapat kemenangan. Setelah itu beliau pun menjadi orang bawahan Abu Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dalam kedudukan seperti itu pun beliau tetap ikhlas memberikan pertolongan.

Rasulullah s.a.w. memperingatkan tentang seseorang yang meminta jawatan dan berusaha untuk mendapatkannya. Telah disebutkan di dalam as-Shahih, bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah:

"Janganlah engkau meminta jawatan pemimpin. Kerana jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta maka engkau akan mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya, maka semua tanggungjawab akan dibebankan kepadamu." (Muttafaq ‘Alaihi)


Ketujuh: Mengutamakan Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia

Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Setiap orang adalah berbeza di antara satu sama lain dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yang tiada penghujungnya, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Dalam hal ini seorang penyair berkata:

"Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yang membentang
Di tengah tuntutan-tuntutan hawa nafsu"
Penyair lain berkata:
"Jika aku meredhai orang-orang yang mulia
Tentunya aku memurkai orang-orang yang hina"

Orang yang mukhlis tidak terlalu peduli dengan semua ini, kerana syiarnya hanya bersama Allah. Dikatakan dalam satu syair:

"Boleh jadi engkau mengasingkan diri
Tetapi hidup tetap terasa pahit di hati
Boleh jadi engkau redha
Padahal orang lain murka
Engkau membangun dan orang lain merobohkan
Antara diriku dan alam ada kerosakan
Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada daya
Apa yang ada di atas tanah
Tetap menjadi tanah"


Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah, Bukan Kerana Kepentingan Peribadi

Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan hendaklah dilakukan kerana Allah dan agamaNya, bukan kerana pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tidak seperti orang-orang munafik opportunis yang dicela Allah dalam KitabNya:

"Dan di antara mereka ada yang mencela mu tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah." (at-Taubah: 58)

Boleh jadi engkau pernah melihat orang-orang yang aktif dalam lapangan dakwah, apabila ada salah seorang rakannya melontarkan perkataan yang mengganggu atau melukai perasaannnya, atau ada tindakan yang menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah dan meradang, lalu meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah.

Ikhlas dalam perjuangan menuntutnya untuk cekal dalam berdakwah dan gerak langkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan, meremehkan dan bertindak melampaui batas terhadap dirinya. Sebab dia beramal kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi atau atas nama keluarga, serta bukan kerana kepentingan orang tertentu.

Dakwah kepada Allah bukan seperti harta yang ditimbun atau harta milik seseorang. Tetapi dakwah merupakan milik semua orang. Tiada seorang Mu’min pun yang boleh menarik diri dari medan dakwah ini hanya kerana sikap atau tindakan tertentu yang mempengaruhi dirinya.


Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan

Perjalanan yang panjang, lambatnya hasil yang bakal diperolehi, kejayaan yang tertunda, kesulitan dalam bergaul dengan pelbagai lapisan manusia dengan perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tidak boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tengah jalan. Sebab dia melakukannya bukan sekadar untuk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yang paling pokok tujuannya adalah untuk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.
Nabi Nuh a.s., pemuka para anbia’, hidup di tengah kaumnya selama 950 tahun. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yang mahu beriman kepada beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:

"Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri." (Nuh: 5-7)

Sekali pun menghabiskan masa selama 950 tahun, beliau tetap menyeru kaumnya dan akhirnya ada 40 orang yang berhimpun bersama beliau. Sedangkan kaumnya yang lain berpaling dari beliau, sekali pun beliau sangat berharap mereka mahu beriman.

Al-Quran telah mengisahkan kepada kita individu-individu Mu’min di dalam surah al-Buruj. Mereka rela mengorbankan nyawa fi sabilillah dan mereka tidak mengatakan, "Kematian ini dapat memberi apa-apa manafaat terhadap dakwah kita?"

Mereka tidak berkata seperti itu, kerana mereka mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tangan Allah. Siapa tahu darah mereka itu merupakan santapan lazat bagi pohon iman generasi berikutnya?

Perkara yang utama, kehidupan orang yang mukhlis hanya untuk Allah. Dia cekal dalam keadaan ini dan terus seperti itu. Hasil dan buah di dunia diserahkan kepada Allah, kerana Allah-lah yang menyediakan penyebabnya dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jika berjaya, maka segala puji hanya bagi Allah, dan jika gagal, maka segala daya kekuatan itu hanya milik Allah.

Thursday, May 21, 2009

Pity Little goat.

One day, a group of goats went to to eat grass at the usual field as they used to go. Among the goats, there was a little goat named Bing Bing. So, off they went together to their eating field...

At the same time, there was a hungry tiger searching for food.. behind the bushes very near the same field where the goats were..

The tiger was very famous among the goats as many of them had unfortunately kick their bucket inside the tiger's mouth. The tiger was called Mau Mau.

Bing Bing was eating grass with his mother. Suddenly, one of his friends said to him sarcastically;
"Bing Bing the Bing Bing...always want to be by his mother's side.. :p "
"Mom, can I go and eat the grass at the hill side alone?" said Bing Bing angrily to his mother.
"No, you better don't.. it would be very dangerous for you my dear son.."
"Mother, why is it that you always want me to be by your side? I am already grown up, and I can take care of myself! I want to prove to them, that I am stronger and braver than them...who always wanna eat in groups... I can take care of myself!!!" said Bing Bing without considering his mother's advice.

So, off Bing Bing went to the hillside... ALONE..!
Then, you know what happen next??

Mr Mau Mau came to the 'rescue'!! Huhu.. This is what happen to Bing Bing the arrogant little goat!

Moral of the story:)

Surah As Saff 61:4
"Truly Allah loves those who fight in His Cause in battle array, as if they were a solid cemented structure."
Allah loves those who served HIM in a group..
Because if we work together, we will be stronger!






Wednesday, May 20, 2009

Let us be abnormal!

Assalamualaikum wbt :)
May this post find you in the best iman n health insyaAllah..

Alhamdulillah, thanks to Allah for giving me a chance to share sth with all of u again..
This time, I am going to invite all of u to ponder together about our own selves.. Do we really2 know our selves very very well?? How well can we describe ourselves?

Every time we woke up from sleep, have we ever wondered why is it that we always repeat the same thing every day, every year and the time frame goes on..

Early morning, we woke up from sleep, then we go to school/uni/office/ anywhere that we should go because of responsibilities that we have.. be it as a student/ employee/ whatever you call it... then, we go back home, have some lunch --> dinner --> sleep again --> then, woke up again --> then, the same cycle continues... every day..every year.....until we die?

But, why should we think so critically about this cycle.. just let it be? it will only make our head spinning to think too much about the reason behind all this cycle..rite? R we gonna think like this..? If we are created as a tree, or frog or cat etc..then, it's ok to think this way...

BUT, we r neither tree nor animals! Rite? Do we agree on this statement? I really hope we do..:p
And, what makes this thing even more serious is that we r MUSLIMS.. And as MUSLIMS, we must not have the desire to follow the normal way of life! We should always aim to be abnormal = EXTRAORDINARY.. because we dont want to be ended in normal place like the hellfire..rite? We want extraordinary place... we want the jannatulfirdaus..the highest level of jannah..

So, if we want Allah to treat us extraordinarily, we should act extraodinarily..! But how?
Niat (intention) makes the different to the life cycle that all of us have... always niat for Allah's blessings in whatever we do... and do the good things constantly...

"The deed most loved by Allah (are those) done regularly, even if they are small."
[Bukhari n Muslim]

Surah Al Mulk: 1-2
Blessed is He in Whose hand is the kingdom, and He has power over all things,
Who created death and life that He may try you-- which of you is best in deeds; and He is the Mighty, the Forgiving,

Below is a video for us to reflect on..insyaAllah...



Monday, May 18, 2009

Tajdid Iman: Wahyu, sunah sumber motivasi kesihatan jiwa

Mukmin berdisiplin menjaga iman mampu peroleh ketenangan hidup dunia, akhirat

RAMAI menangis ketika menghadapi sakaratul maut. Apakah makna tangisan itu? Sebenarnya, tangisan itu membawa makna manusia tidak mahu berenggang dengan dunia kerana begitu cintakannya mengalahkan cinta kepada Allah dan mengatasi keinginannya untuk kembali bertemu Allah.

Dia benci kepada kematian, padahal itu perjumpaan istimewa antara hamba dengan Allah. Mereka mahu setiap hari adalah hari yang gembira seolah-olah menyambut kelahiran baru. Padahal, kelahiran dan kematian tidak akan membawa sebarang makna kepada seseorang jika mereka lupa diri dan lupa jalan pulang ke akhirat.

Dunia begitu manis dan lazat sehingga mampu mempengaruhi manusia ke tahap mabuk yang teruk dan seterusnya lupa kepada akhirat, walaupun al-Quran sudah mengingatkan manusia dengan ayat yang mendekatkan mereka kepada alam akhirat, namun rangsangan dunia terbukti mampu memutuskan tali ingatan itu perlahan-lahan.

Semakin manusia lalai dan lupa, maka semakin sakitlah jiwa, kerana jiwa itu sebenarnya rindu kepada akhirat tetapi dipaksa juga cinta kepada dunia. Bukankah manusia dijadikan daripada dua elemen berlainan?

Jiwa atau roh dicipta untuk merindui Allah sedangkan jasad sebagai alat sokongan membolehkannya hidup di dunia. Jasad dan roh saling memerlukan untuk berperanan sebagai hamba Allah. Jika manusia hanya mementingkan jasad dan lupakan kedudukan roh, maka tempanglah hidup dan terseksalah roh selama-lamanya.

Roh atau jiwa manusia layaknya seperti jasad, boleh mengalami sakit yang teruk dan ada kalanya beransur-ansur pulih menjadi sihat semula. Seorang mukmin mengambil berat mengenai kesihatan roh dan jiwa.

Dia faham simptom tidak sihat yang mempengaruhi jiwa. Untuk itu, dia berusaha menjaga pantang larang yang boleh menjejaskan kesihatan jiwa. Dia hendaklah berpantang daripada melakukan maksiat, asyik dengan perkara mubah sehingga menjejaskan ibadah dan mengikut kata nafsu melulu.

Bukan hanya berpantang saja diperlukan untuk memastikan jiwa insan sihat, tetapi dia juga mesti melakukan langkah pembinaan dan pembaharuan jiwa iaitu:

  • Mencari sumber motivasi

    Roh memerlukan suntikan motivasi untuk membolehkannya hidup dan cergas. Rasulullah SAW hanya menggunakan pendekatan al-Quran dan hadis untuk membangkitkan roh manusia.

    Sahabat sentiasa mendapat tiupan nafas baru setiap kali mendengar sabda Rasulullah SAW dan ayat al-Quran yang diturunkan. Semua yang mereka dengar adalah motivasi, tiada kekecewaan dan kerunsingan selepas mendengar pengajaran Baginda SAW. Bahkan mereka akan berasa lemah dan sedih, kacau dan gelisah jika tidak berdekatan dengan Baginda SAW.

    Daripada Abu Rib'ie Hanzalah bin Rib'ie Al-Usaidi (beliau salah seorang setiausaha Baginda SAW) berkata: "Saya berjumpa dengan Abu Bakar kemudian beliau bertanya: Bagaimana keadaanmu wahai Hanzalah? Saya menjawab: Hanzalah sudah munafik! Abu Bakar berseru: Subhanallah, apa yang kamu katakan tadi? Saya menjelaskannya: Jika kami bersama Nabi SAW, kami memikirkan syurga dan neraka seakan-akan kami melihatnya, tetapi apabila kami pulang dan bergaul dengan isteri dan anak serta mengurus pelbagai urusan maka kami sering lupa. Abu Bakar berkata: Demi Allah, kami juga begitu. Kemudian saya dan Abu Bakar pergi menghadap Rasulullah SAW lalu saya berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya Hanzalah sudah munafik. Rasulullah SAW bersabda: Mengapa begitu? Saya berkata: Wahai Rasulullah apabila kami berada dihadapanmu kemudian engkau menceritakan mengenai neraka dan syurga, kami seolah-olah melihatnya dengan mata kami, namun setelah kami keluar dan bergaul dengan isteri dan anak serta mengurus pelbagai urusan maka kami sering lupa. Rasulullah SAW bersabda: Demi zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, apabila kamu tetap dalam keadaanmu seperti ketika berada di depanku dan sentiasa mengingatnya nescaya malaikat akan bersalaman denganmu di tempat tidurmu dan di jalan. Tetapi wahai Hanzalah, sesaat dan sesaat. Baginda mengulanginya tiga kali." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    Betapa Hanzalah memerlukan bimbingan wahyu dan hadis Rasulullah SAW untuk menyuntikkan motivasi ke jiwanya yang gelisah. Tetapi anehnya manusia kini, mencari ketenangan dengan mengikut hawa nafsunya menerusi harta, hiburan, wanita, perniagaan dan mengikuti ajaran sesat serta menyeleweng daripada al-Quran dan hadis yang menyebabkan jiwa mereka semakin gelisah.

    Ia bagaikan dadah yang memberi ketenangan sekejap saja kemudian semakin melaratlah jiwa tanpa bimbingan wahyu. Ada pula yang mencuba pelbagai teknik untuk mendapat ketenangan jiwa, seperti meditasi gaya Hindu Buddha, mengamal tarekat songsang, menokok tambah amalan ibadat yang kononnya memberi kepuasan lebih kepada jiwa.

    Padahal iblis sudah menipu lintasan hati mereka sehingga menimbulkan keraguan dan seterusnya mencadangkan untuk mengamalkan perkara bidaah yang secara langsung menafikan sunnah Rasulullah SAW.

    Suatu hari, tiga orang datang ke rumah isteri Rasulullah SAW. Mereka bertanya ibadah Nabi SAW. Setelah diberitahu, mereka menganggap seakan-akan ibadah Nabi SAW hanya sedikit. Mereka bertanya: "Di manakah tempat kami berbanding Nabi SAW padahal Baginda sudah diampuni semua dosanya baik yang lalu mahupun akan datang. Salah seorang di antara mereka berkata: Saya akan sentiasa sembahyang sepanjang malam. Yang lain berkata: Saya akan berpuasa setiap hari. Yang lain berkata: Saya akan menjauhkan diri daripada wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Kemudian Rasulullah SAW datang dan bersabda kepada mereka: Kaliankah yang berkata begini dan begini? Demi Allah. Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada Allah di antara kalian, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur, aku juga mengahwini wanita. Sesiapa yang menyimpang daripada sunnahku, maka dia bukan golonganku." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    Sesiapa mencari sumber motivasi lain selain sunah Rasulullah SAW yang berpaksikan wahyu-Nya, nescaya mereka akan tertolak. Usaha mereka sia-sia dan jalan yang mereka pilih sesungguhnya menipu diri sendiri.

    Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai Muhammad: Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni kamu." (Surah Ali-Imran, ayat 31)

    Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan ini adalah jalan-Ku yang lurus, Maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan (yang lain), kerana jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya, yang demikian itu diperintahkan Allah supaya kamu bertakwa." (Surah Al-An'am, ayat 153)

    Mengapa sisihkan terus agama dari jiwa dan memilih maksiat sebagai dadah yang memberi kepuasan sementara? Akhirnya jiwa dan roh itu semakin tenat dan mati sebelum jasad dikuburkan. Berjalan seperti mayat yang hidup. Hanya jasad tiada roh!

    Tidak mustahil ketenangan yang dirasai Hanzalah dapat dirasai jiwa kita, tetapi dengan satu syarat, ikutilah jalan Sunnah Nabi SAW.

  • Disiplin menjaga iman

    Kesihatan roh dan jiwa hanya dapat dirasai dengan disiplin dalam menjaga iman. Usaha menilai diri dan mengenal pasti keadaan iman setiap masa adalah amalan Rasulullah SAW dan sahabat. Pelik tetapi benar, keadaan manusia zaman sekarang boleh berdisiplin untuk kebaikan dunianya, tetapi menyerah kalah untuk iman.

    Mereka boleh berdisiplin menjaga diet pemakanan, bersungguh mencergaskan badan dengan senaman, susah payah hadir dalam kelas pendidikan, mengikuti kursus keusahawanan, bergiat mencapai cita-cita, tetapi malangnya tidak pandai berdisiplin menjaga keimanan.

    Sembahyang dilakukan apabila perlu, majlis ilmu agama dipinggirkan berbanding ilmu dunia, usaha mencari hidayah ditinggalkan kerana terlalu sibuk mencari habuan dunia. Bagaimana mungkin jiwa akan tenang dalam keadaan sebegini. Tiada disiplin dalam mencari akhirat.

    Iman dan hidayah boleh bertambah serta berkurang bergantung sejauh mana seseorang berusaha mengekalkan dan mempertingkatkannya. Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang berjihad mencari keredaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang yang berbuat baik" (Surah al-Ankabut, ayat 69)

    Setiap mukmin mempunyai sensitiviti kuat mengenai jiwanya, tiada seorang doktor pun boleh mengubat penyakit dalam jiwa melainkan diri kita sendiri yang berpegang kepada motivasi wahyu serta berani berdisiplin menjaga iman. Inilah jihad sebenar!

  • Saturday, May 9, 2009

    Pilihlah Aku

    Alhamdulillah…tidak mungkin untuk kita mempunyai ruang utk kufur (yakni TIDAK bersyukur)…Mengapa begini???

    Cuba kita reflect diri kita semua;
    Dari berjuta-juta sperma, Allah pilih kita utk dijadikan manusia yg mana MANUSIA = SEBAIK2 CIPTAAN

    “Sungguh kami telah menciptakan manusia dlm bentuk yg sebaik2nya.” (95:4)

    cute

    Dan dari berjuta2 manusia di muka bumi ini, Allah pilih kita utk tergolong dalam kalangn hambaNya yg bergelar UMAT ISLAM = SEBAIK2 UMAT.

    “Kamu umat Islam adalah umat yg terbaik…” (3:110)

    Seterusnya, tidak cukup dgn itu, Allah pilih pula kita untuk tergolong dari kalangan hambaNya yg FAHAM tentang agama Islam…
    (interpretation dr hadis Rasulullah: sesiapa yg Allah mengkehendaki baginya kebaikan, Allah akan menganugerahkan kepadanya KEFAHAMAN dalam agama).

    full-time-muslim

    Tapi agaknya sejauh manakah Allah akan pilih kita??
    Mampukah kita menjadi hambaNya yg sentiasa menjadi pilihanNya??
    Sukakah kita utk menjadi seperti sperma yg terputus ekornya dlm perjalanan utk mensenyawakan ovum??
    Mahukah kita menjadi orang yg tidak dipedulikan Allah…yg tidak menjadi pilihanNya?? Yang tidak memenuhi cita rasa Allah?? dan criteria2 yg Allah tetapkan dlm requirementNYA??

    Dan sejauh manakah ‘aim’ kita? Adakah hanya setakat menjadi hambaNYA yg faham…dan kemudian kita hanya menjadi ‘just another muslim’?

    Sebagai seorang yg beragama Islam…sewajarnya kita bersetuju akan satu pengakhiran yang sama…kerana hanya dengan adanya ‘the end in mind’ barulah kita dapat mengatur langkah sedikit demi sedikit ke arah ‘long term aim’ itu…insyaAllah…

    begin_with_the_end_in_mind

    Tp apakah ultimate aim yg boleh kita cuba capai itu?
    Adakah hanya seperti ‘the end in mind’ of a secularist..i.e..for e.g nk jadi seorang dr specialist yg berjaya…n that’s it??
    Itu je ke kemampuan seorang muslim yg merupakan sebaik2 umat??

    Sepatutnya, each n everyone of us (muslim) mengimpikan untuk meraih syurgaNya,iaitu jannatulfirdaus…syurga yg paling tinggi di sisi Allah…insyaAllah…

    Kerana matlamat untuk mencapai jannatulfirdaus lah yg akan membantu kita utk bersungguh2 dlm study, dakwah dan apa jua yg kita lakukan dlm kehidupan seharian kita insyaAllah….

    Dan sentiasalah berdoa supaya Allah sentiasa memilih kita dalam pilihanNya dan akhir sekali memilih kita utk tinggal di dlm syurgaNYA yg tertinggi i.e. jannatulfirdaus…amin3…insyaAllah…

    ~post-’talk Prof Latiff’ reflection~

    By farah1

    adapted from: http://msmemsy.wordpress.com/

    Untuk recording talk Prof Latif, sila click link di bawah :
    http://www.mediafire.com/?tjzocyohmkm

    http://msmemsy.wordpress.com/

    Monday, May 4, 2009

    no such thing as 'bad things'

    Before I start, nk share sedikit hadis nabi saw:

    "How amazing is the affair of the Muslim! His affairs are all good. If he experiences ease, he is grateful, and that is good for him. If he experiences hardship, he faces it with patience and perseverance, and that is also good for him” (Bukhari)

    InsyaAllah dlm post ni jgak, nk share satu lagi bnde yg dpt from another beloved sister:

    About HUSNUDZON TERHADAP ALLAH..

    Dalam sebuah hadith Qudsi, Rasulullah S.A.W bersabda bahawa Allah SWT berfirman:

    “AKU mengikut sangkaan hambaKU kepadaKu, Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya)apabila dia mengingatiKu. jika mereka megingatiKu dalam dirinya nescaya Aku menyebutnya dalam diriKu. apabila mereka menyebut namaKU dalam kumpulan nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka.jika mereka menghampiriKu sejengkal, Aku mendekati mereka sehasta. jika mereka menghampiriKu sehasta Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, Aku datang kepada mereka berlari.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Kenapa perlu bersangka baik terhadap Allah?

    1) menerima ikrar kita kepada Allah SWT sedari alam roh lagi

    -Al-Araf:172

    -Awal syahadat

    Setelah kita berjanji untuk menerima segala takdir dan ketentuan, barulah kita dihadirkan ke dunia.

    2) Motivasi untuk terus mengejar redha Allah SWT

    Kata Ibnu Al- Wazir dalam Al-Awaasim wa al-Qawaasim

    “Verily, to be hopeful of Allah’s mercy opens the doors of optimism for one of His slaves, making him more avid in worship, and inspiring him to be more enthusiastic in performing voluntary acts of worship and racing to perform good deeds.”

    3) Membuka peluang untuk bertaubat

    Kata Syeikh Ibn Ata’illah:

    “Jangan sampai terasa bagimu kebesaran satu dosa itu, hingga merintangimu daripada bersangka baik kepada Allah Taala, kerana siapa yang benar-benar mengenali Allah akan merasa kecil dosanya apabila dibandingkan dengan keluasan rahmat-Nya.”

    4) Rahmat Allah yang terlalu banyak

    -Surah Ibrahim: 34

    -Pelindung alam semesta, - Rabbul `Alamin

    -Mengampuni kesalahan dari perbuatan manusia yang suka merosak ciptaan-Nya – Al-Ghafur

    -Allah menyelamatkan manusia dari bencana - As- Salam

    -Allah SWT mengangkat manusia kepada kemuliaan- Al- Aziz

    -Demikian Allah memberikan kekayaan kepada manusia, karena Allah Maha Kaya - Al-Ghani dan Al-Mughni

    -Allah yang memberi rezeki kepada manusia- Al-Malikul Mulk

    -Sifat-sifat Allah yang Maha Tinggi, Mulia dan Sempurna

    5) Konsep tawakal IlaAllah

    Tawakal =

    Bahasa- 'wakalah', mewakilkan urusan kepada pihak lain

    Syarak- kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya, Allah SWT

    -Menyerahkan secara sepenuhnya kepada Allah tentang natijahnya/ hasilnya, setelah kita berusaha dan berdoa kepadaNya.

    -manifestasi kita dalam menyatakan pengharapan kepada Allah SWT

    Takut dan harap

    Ibnu Taimiyah pernah berkata,

    hubungan antara kita dengan Allah adalah umpama seperti seekor burung, di mana takut merupakan sebelah sayap burung itu, dan sebelah lagi sayapnya adalah harap.

    Badan kepada burung itu adalah CINTA kepada Allah♥

    Seperti Saidina Umar pernah berkata,

    katakan ada suatu suara dari langit datang dan mengatakan bahawa:

    1) semua orang di dunia ini akan masuk syurga kecuali seorang, dia TAKUT dialah orang yang akan ke neraka itu.

    2) semua orang di dunia ini akan masuk neraka kecuali seorang, dia HARAP dialah orang yang akan ke syurga itu.

    Qada' dan qadar : kita percaya bahawa setiap apa yang telah, sedang atau akan berlaku semuanya telah ditentukan oleh Allah.

    Usaha itu Sunatullah.

    -Allah sebenarnya menilai kita bukan atas natijah apa yang kita dapat, tapi apa yang kita usahakan.

    -Kenapa bertawakal?- supaya apa sahaja natijah/hasil yang kita dapat itu adalah terbaik untuk kita, dan kita redha kepadaNya terhadap apa juga yang mendatang.

    -Al-Baqarah:216

    -Finally, Al-Insyirah:5-8

    [adapted from my beloved sister :) ]

    wallahua'lam..

    untukmu muslimah

    Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”

    Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”

    Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

    (Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

    (uswah rasool e akram) Hazrat Hasan Basari ra. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”

    (mishkat) Hazrat Abu Musa ra. Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,”mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya.

    (tirmizi, abu daud) Hazrat Ibnu Mulaika ra memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Hazrat Aisyah bahawa seorang wanita sedang memakai sandal(kasut lelaki) maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian (abu daud)
    Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan.(tabrani, baihaqi)

    Nota: antara sesama wanita sahaja. Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa nabi bersabda,”laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan,”

    kualiti iman seorang muslim

    Hadith :
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”

    Baihaqi



    HuraianPengajaran Hadis:
    i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslimyang sebenar.
    ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabilamengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakansembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagiorang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimasapabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepadaAllah.
    iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kalasenang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripadaAllah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknyamereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannyaakan didapati kosong, kecewa dan hampa.